Serdang, 22 Mei – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing

), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Aktiviti Gotong-Royong MyAgeing

bertempat di Taman Terapeutik dan sekitar kawasan MyAgeing

.
Program ini melibatkan penyertaan warga kerja MyAgeing

bersama warga emas dalam usaha memperkukuh amalan kebersihan, keceriaan dan kelestarian persekitaran selaras dengan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan kawasan sekitar institut, mengutip dan melupuskan sampah dengan cara yang betul, memotong rumput, merumpai kawasan, memangkas pokok dan semak samun serta kerja-kerja penyelenggaraan landskap.
Selain itu, peserta turut menjalankan aktiviti penyusunan semula kawasan tanaman nanas, penggunaan semula bahan yang masih boleh dimanfaatkan serta kerja-kerja mencantikkan kawasan bagi memastikan persekitaran MyAgeing

berada dalam keadaan lebih kemas, bersih dan teratur.
Penganjuran program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan dan imej persekitaran institut, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim, semangat kerjasama dan budaya kerja berpasukan dalam kalangan peserta yang hadir.
Disediakan oleh:
|

|
Nurul Asyikin Mohd Taib Penolong Pegawai Tadbir Tel: +603 - 9769 2734 Faks: +603 - 9769 2744 E-mel: n_asyikin@upm.edu.my |
Date of Input: 26/05/2026 |
Updated: 26/05/2026 | norhanika
MEDIA SHARING