HARI BERSAMA PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingTM) SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2021 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » HARI BERSAMA PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingTM) SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2021

HARI BERSAMA PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingTM) SEMPENA SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2021

Serdang, Oktober 5 – Hari Bersama Pelanggan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) diadakan sempena Sambutan Hari Warga Emas 2021 dan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Universiti Putra Malaysia (1971-2021) yang diadakan secara maya. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia. 

Tahun 2021 menyaksikan 19 tahun penubuhan MyAgeingTM sebagai sebuah organisasi yang menjalankan peranan yang amat penting untuk kesejahteraan warga emas. MyAgeingTM berperanan untuk menjalankan penyelidikan, membangunkan modul-modul kemahiran penjagaan warga emas, pelbagai program latihan dan  program pemindahan ilmu serta pembangunan modal insan menerusi pelajar-pelajar siswazah yang dilahirkan. 

Program yang bertemakan “Kesaksamaan Digital Untuk Semua Usia” ini diadakan selama 3 hari bertujuan untuk mempromosikan program akademik, penyelidikan dan perkhidmatan yang dihasilkan atau ditawarkan oleh MyAgeingTM kepada pihak berkepentingannya. Memberi kesedaran mengenai penuaan aktif dan produktif kepada masyarakat. Berkongsi pengalaman mengenai penuaan aktif daripada pelbagai negara dan mendedahkan pihak berkepentingan kepada peluang untuk berkerjasama dengan MyAgeingTM.

Antara aktiviti yang menarik pada hari pertama ialah Pelancaran Web Directory of Residential Care Facilities, Pelancaran GeronCAS Student Design Competition dan Forum “Cabaran Warga Emas: Masyarakat Digital, Kemiskinan dan Pandemik”. Manakala pada hari kedua lebih berfokuskan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAgeingTM. Antaranya terdapat Sesi Perkongsian Hala Tuju Penyelidikan, Program dan Perkhidmatan di MyAgeing™ yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad iaitu Pengarah MyAgeing™, Sesi Demo Peralatan di Makmal, Sesi Perkongsian Program Siswazah dan Sesi Perkongsian Pendidikan dan Literasi Kewangan.

Pada hari ketiga institut turut menjemput pihak berkepentingan untuk sama-sama menjayakan program ini antaranya dengan menjemput pihak U3A KL dan Selangor untuk membahaskan Isu dan Cabaran Adaptasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Atas Talian dan menjemput pihak PAWE Putrajaya untuk berkongsi mengenai Pengalaman Kerjasama Pelbagai Sektor Kearah Penuaan Aktif. Institut turut menganjurkan Sesi Perkongsian Pengalaman Menghadapi Pandemik COVID-19 dalam Kalangan Warga Emas yang berada di luar negara antaranya warga emas yang menetap di Australia, Jepun, New Zealand dan termasuk dari Malaysia. Program hari penutup diakhiri dengan Pelancaran Persatuan Kebajikan dan Aktiviti Sosioekonomi Ahli MyAgeing™ (MyKASE) yang dilancarkan oleh Pengarah, MyAgeingTM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM),
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.

e-mail: myageing@upm.edu.my

Date of Input: 14/10/2021 | Updated: 14/10/2021 | izwanmz

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXETSAw~