![]() |
![]() |
SERDANG, 16 November - Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM) dengan kerjasama Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) mengadakan Kursus Perancangan Kewangan Peribadi Ke Arah Persediaan Persaraan (Siri 1 & 2) bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing.
Kursus ini mensasarkan peserta khusus dalam kalangan staf Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) bagi memperkasakan amalan perancangan kewangan jangka panjang dan persaraan demi mempertingkatkan kesejahteraan kewangan. Selain itu, peserta kursus juga memerlukan pendekatan yang sistematik, mampan dan selaras dengan fokus untuk mewujudkan perubahan tabiat jangka panjang.
Kaedah pembelajaran secara interaktif telah dilaksanakan seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, permainan aliran tunai berkaitan kewangan peribadi dan aktiviti ceramah.
Di akhir kursus, peserta dapat memupuk tabiat perancangan kewangan jangka panjang pada setiap peringkat atau peristiwa dalam kehidupan seperti alam perkahwinan, membina keluarga, mengerjakan haji dan ditimpa musibah atau berlaku kematian.
Di samping itu, peserta juga mempunyai dana yang mencukupi bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa hadapan dan menempuh alam persaraan dengan selesa.
Date of Input: 21/11/2022 | Updated: 22/11/2022 | ainulmardiyyah
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA