SERDANG, 22 Disember- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan ringkas dari ECON Medicare Centre and Nursing Home Sdn Bhd ( Puchong branch ).
Lawatan ini telah disambut baik oleh Pengarah MyAgeing™ Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad dengan perkongsian dan penerangan berkaitan perkhidmatan yang pihak MyAgeing tawarkan. Wakil dari ECON Medicare Centre and Nursing Home Sdn Bhd ( Puchong branch ) dibawa melawat ke makmal-makmal dan sekitar MyAgeing™.
Wakil dari ECON Medicare Centre and Nursing Home Sdn Bhd, Cik Sandra memaklumkan ECON Medicare sentiasa melihat perkembangan semasa dan pelbagai maklumat berkaitan jagaan warga emas dan aktiviti dari MyAgeing™.
Baru-baru ini ECON Medicare Centre and Nursing Home Sdn Bhd turut menyertai National Conference on Ageing 2020 pada 17 dan 18 Oktober yang lalu.

Sementara itu, ECON Healthcare Group merupakan, salah sebuat organisasi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas swasta terkemuka di Singapura dan Malaysia, dengan lebih daripada 33 tahun pengalaman berkhidmat kepada warga emas dan keluarga. ECON Healthcare Group turut mengendalikan kemudahan penjagaan warga emas dan pelbagai perkhidmatan yang berpusatkan warga emas.
Date of Input: 24/12/2022 |
Updated: 24/12/2022 | lizamdnor
MEDIA SHARING