Lawatan Rakan Industri Pusat Jagaan Warga Tua Rebina, Ipoh | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Lawatan Rakan Industri Pusat Jagaan Warga Tua Rebina, Ipoh

Lawatan Rakan Industri Pusat Jagaan Warga Tua Rebina, Ipoh

SERDANG, 1 Jun- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) telah menerima lawatan kerja dari Pusat Jagaan Warga Tua Rebina, Ipoh. Lawatan ini telah di sambut baik oleh barisan ahli pengurusan MyAgeing™.

Lawatan ini merupakan kenalan rakan Industri dari pihak Cirnet dan Bursa UPM. Menerusi lawatan ini Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia dan Pusat Jagaan Warga Tua Rebina melihat peluang – peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan Bersama.

Para pelawat dibawa melihat dan mencuba perkhidmatan yang ada di MyAgeing™.

Diharapkan lawatan ini meningkatkan lagi bilangan jaringan dan kerjasama di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia . Turut hadir wakil dari pejabat Bursa mengiringi lawatan ini.

Sementara itu, Pusat Jagaan Warga Tua Rebina merupakan pusat jagaan warga emas yang beroperasi di Ipoh Perak.

Date of Input: 01/06/2023 | Updated: 01/06/2023 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUDAr~