Serdang, 24 Jun 2026 – Seramai 10 orang delegasi daripada MyAgeing® telah menyertai Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hari ini.
Program ini bertujuan untuk menimba ilmu, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuhkan pelaksanaan EKSA di MyAgeing® melalui pendedahan kepada pengurusan persekitaran kerja yang lebih sistematik, kondusif dan berkualiti.
Sepanjang lawatan, delegasi MyAgeing® telah diberikan penerangan mengenai pelaksanaan EKSA di Pusat Perhubungan Alumni UPM, termasuk aspek pengurusan ruang kerja, dokumentasi, inovasi serta amalan penambahbaikan berterusan yang menyokong kecemerlangan organisasi.
Sesi perkongsian dan lawatan sekitar pusat turut membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta pengalaman dalam usaha memperkasakan budaya kerja berkualiti dan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
MyAgeing® merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Perhubungan Alumni UPM atas kesudian menerima kunjungan delegasi serta berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat. Diharapkan lawatan ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan EKSA di MyAgeing®.
Disediakan oleh:
|

|
|
Ajun Chin Penolong Pegawai Penyelidik/Ketua JK Promosi EKSA
Tel: +603 - 9769 2759 Faks: +603 - 9769 2744 E-mel: ajun@upm.edu.my Profil:[Sila Klik]
|
Date of Input: 25/06/2026 |
Updated: 26/06/2026 | n_asyikin
MEDIA SHARING