PELAJAR MPV GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK TURUT MENYAHUT CABARAN NEGARA TUA 2030 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » PELAJAR MPV GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK TURUT MENYAHUT CABARAN NEGARA TUA 2030

PELAJAR MPV GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK TURUT MENYAHUT CABARAN NEGARA TUA 2030


SERDANG
, 8 Disember 2022- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) Shah Alam, Selangor. Seramai 40 orang pelajar dan empat guru turut serta ke lawatan ini.

Lawatan ini disambut baik oleh Timbalan Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim. Guru-guru dan pelajar sekolah turut diberi penerangan berkaitan bidang-bidang kajian dan perkhidmatan yang disediakan di MyAgeing™. Pelbagai aktiviti dan permainan dilakukan bersama pelajar.

 

Turut diadakan sesi simulasi pemakaian Ageing Suit Puan Siti Suhailah Abdullah dan Puan Nur Shahirah Mohd Salleh kepada pelajar sekolah. Pelbagai reaksi yang diberikan dan pengalaman dikongsikan oleh pelajar selepas merasai pemakaian Ageing Suit ini.

 

Semasa lawatan ini, guru dan pelajar dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri dan mencuba pelbagai peralatan bantuan penyelidikan dan hasil penyelidikan di MyAgeingTM

 

Guru dan pelajar turut ditemukan bersama Mantan Pengarah MyAgeing™, Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid. Beliau juga merupakan pengasas bidang gerontologi di Malaysia. Keterujaan para guru dan pelajar turut terserlah dengan perkongsian serta nasihat yang diberikan oleh beliau.

Sementara itu, Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid merupakan salah seorang penulis buku Buku Teks Gerontologi Asas dan Geriatrik Tingkatan 4 dan 5 yang pertama tahun 2005 dan terbaru tahun 2020 oleh Prof. Madya Dr. Rahimah Rahim dalam pembangunan Modul kurikulum Standard Sekolah Menengah. Buku Teks Gerontologi Asas dan Geriatrik Tingkatan 4 dan 5 merupakan salah satu daripada mata pelajaran elektif dalam kelompok Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

Terdapat beberapa sekolah di Malaysia yang menawarkan mata pelajaran Gerontologi Asas dan Geriatrik, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) Shah Alam, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan.

Untuk rekod, sejak tahun 2020 hingga kini, Prof. Dr. Ir. Siti Anom Ahmad merupakan Pengarah MyAgeingTM yang kedua.

 

Date of Input: 09/12/2022 | Updated: 09/12/2022 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEaEAb~