SERDANG, 13 Julai 2026 – MyAgeing® telah menganjurkan Sesi Pembentangan Postgraduate Seminar Research Proposal bagi Semester Kedua Sesi 2025/2026 pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat MyAgeing®.
Sesi pembentangan ini melibatkan dua orang pelajar Sarjana (MSc), iaitu Cik Teh Zhe Sien dan Encik Ferozan bin Ahmad, yang telah membentangkan cadangan penyelidikan masing-masing sebagai sebahagian daripada keperluan pengajian mereka. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah penasihat pelajar, penilai serta pelajar siswazah MyAgeing®. Kehadiran para penilai bukan sahaja bagi menilai pembentangan pelajar, malah memberikan ulasan, pandangan dan cadangan yang membina bagi memperkukuh kualiti cadangan penyelidikan yang dibentangkan.
Maklum balas yang diberikan diharap dapat membantu para pelajar menambah baik cadangan penyelidikan mereka serta menjadi panduan dalam melaksanakan penyelidikan secara lebih sistematik, berkualiti dan berimpak tinggi. Penganjuran seminar ini turut mencerminkan komitmen MyAgeing® dalam melahirkan penyelidik siswazah yang berdaya saing dan berupaya menyumbang kepada pembangunan ilmu, khususnya dalam bidang penuaan dan gerontologi.
See less
Date of Input: 13/07/2026 |
Updated: 13/07/2026 | n_asyikin
MEDIA SHARING