Serdang, 22 Mei - Telah berlangsung sesi pembentangan latihan industri oleh pelajar latihan industri, Adila Salim dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah menjalani latihan industri di MyAgeing® selama 4 bulan bermula 5 Januari 2026 sehingga 22 Mei 2026.
Sesi pembentangan tersebut telah dihadiri oleh ahli pengurusan dan staf MyAgeing® sebagai tanda sokongan serta penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh latihan industri.
Sepanjang menjalani latihan industri di MyAgeing®, beliau telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan tugasan berkaitan pengurusan pentadbiran, penyelidikan serta aktiviti melibatkan warga emas dan komuniti. Selain itu, beliau turut menjalani sangkutan latihan industri di Jabatan Kejuruteraan dan Fasiliti, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah selama tiga minggu bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta memperoleh pendedahan berkaitan penggunaan dan pengendalian peralatan sedia ada di hospital tersebut. Melalui sangkutan tersebut, beliau berpeluang memahami aspek teknikal berkaitan peralatan elektronik perubatan serta pengurusan fasiliti hospital yang selari dengan bidang pengajian beliau dalam Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan).
Sesi pembentangan ini turut memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan serta hasil pembelajaran yang diperoleh sepanjang tempoh latihan industri dan sangkutan yang dijalankan.
Pihak MyAgeing® merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Adila Salim atas kerjasama dan dedikasi yang diberikan sepanjang berada di institut ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerjaya dan pengajian pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
|

|
Norhanika Hanusi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tel: +603 - 9769 2733 Faks: +603 - 9769 2744 E-mel: norhanika@upm.edu.my |
Date of Input: 26/05/2026 |
Updated: 26/05/2026 | norhanika
MEDIA SHARING