Geronteknologi | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing)
» PENYELIDIKAN » Bidang Kepakaran » Geronteknologi

Geronteknologi

Geronteknologi adalah bidang akademik antara disiplin yang menggabungkan gerontologi dan teknologi. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini memberi tumpuan untuk membangunkan persekitaran teknologi termasuk teknologi bantu dan rekabentuk terangkum supaya warga emas hidup berinovatif dan berdikari serta melibatan diri dalam masyarakat dalam keadaan yang sihat, selesa dan selamat. Fokus penyelidikan adalah menyesuaikan teknologi dan persekitaran buatan dalam aspek kesihatan, perumahan, mobiliti, komunikasi, pekerjaan, masa senggang dan rekreasi warga emas. Hasil kajian boleh menjadi asas kepada pereka, pihak pembangunan, jurutera, dan pakar bidang kesihatan (geriatrik, kejururawatan, kesihatan umum, psikologi persekitaran dll.) untuk menyediakan persekitaran hidup yang optimum bagi julat umur terbesar, termasuklah mencegah penurunan fungsi yang dikaitkan dengan umur, meningkatkan prestasi warga emas dan membantu penjaga.


Senarai Pakar

Prof. Madya Dr. Azura Che Soh (FK)
Prof. Madya Dr. Siti Anom Ahmad (FK)
Prof. Madya Dr. Raja Syamsul Azmir (FK)
Dr. Hazreen Haizi Harith (FK)
Prof. Madya Ir. Dr Mohd. Khair Hassan (FK)
Dr. Ng Keng Yap (FSKTM)
Dr. Koh Tieng Wei (FSKTM)
Dr. Fakhrul Zaman Rohani (FK)
Dr. Shureen Faris Abd Shukor (FRSB)
Dr. Asnor Juraiza Ishak (FK)
Prof. Madya Dr. Wan Zuha Wan Hasan (FK)

Kemaskini:: 11/10/2018 [lizamdnor]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
B1566210328