Tajuk Acara
KURSUS PENGURUSAN STRESS
Tarikh
20 Mar 2019 - 20 Mar 2019
Lokasi
Bilik Seminar, IPPM
Ringkasan Acara
TAWARAN PENYERTAAN KURSUS PENGURUSAN STRESS
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢), UPM akan menganjurkan Kursus Pengurusan Stress yang bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pelbagai pilihan teknik dan kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan stress and meningkatkan kesejahteraan peserta. Peserta juga akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang stress dan kesannya untuk membantu mereka menangani isu berkaitan stress.
Sehubungan itu, Unit Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), IPPM amat berbesar hati untuk menawarkan kursus ini kepada staf di PTJ/Organisasi Tuan/Puan sebagaimana butiran berikut:
Nama Kursus : Kursus Pengurusan Stress
Tarikh : 20 Mac 2019 (Rabu)
Tempat : Bilik Seminar, IPPM
Masa : 8.00 pagi – 5.00 Petang
Yuran : RM80
Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang ahli psikologi kaunseling kanan berlesen yang telah bersara daripada Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau telah memperoleh Ijazah dan Master daripada Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Sekarang beliau sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢), UPM.
Bersama-sama ini dilampirkan poster kursus untuk perhatian pihak tuan/puan. Sila hubungi 03-97692733/2734 (Pn. Norhanika / Pn. Nurul Asyikin) untuk pertanyaan lanjut dan urusan pendaftaran. Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.
Sekian, terima kasih.
Kemaskini:: 21/09/2021 [norhanika]
PERKONGSIAN MEDIA