SOALAN LAZIM | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Penyelidikan
1
Apakah yang ditawarkan oleh MyAgeing kepada Penyelidik?

MyAgeing menawarkan kemudahan peralatan penyelidikan sains dan teknologi yang terkini mengenai penuaan di Malaysia dan dibantu oleh kakitangan yang profesioanal yang memberikan perkhidmatan yang terbaik.

2
Siapa yang boleh memohon?

Semua penyelidik yang diiktiraf, ahli akademik dan pelajar dalam bidang sosial, sains dan teknologi penuaan. Kami mengalu-alukan sesiapa yang menerima geran penyelidikan dari pihak yang diperakui, agensi swasta atau organisasi antarabangsa.


Pengajian Siswazah
3
Saya ingin memohon sebagai pelajar siswazah di MyAgeing. Apakah program pengajaran yang ditawarkan?

Dua program ijazah sarjana yang ditawarkan, iaitu Master Sains (MSc.) dan Doktor Falsafah (Ph.D). Kedua-dua program memerlukan pelajar untuk mengemukakan tesis dan mengikuti kursus.

Bidang pengajian adalah:

1. Gerontologi Sosial
2. Gerontologi Perubatan
3. Geronteknologi


Sektor Swasta dan Industri
4
Apakah yang ditawarkan oleh MyAgeing kepada sektor swasta dan industri?

Selain daripada menyediakan kemudahan penyelidikan, MyAgeing juga menawarkan perkhidmatan dan kemudahan kepada sektor swasta dan industri yang dikoordinasikan dibawah laboratori seperti Gerontologi Sosial, Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi. Unit-unit ini juga menyediakan perkhidmatan perundingan professional.


Masyarakat
5
Apakah yang ditawarkan oleh MyAgeing kepada masyarakat setempat?

Pusat Jagaan Harian Warga Emas MyAgeing TM (MyAgeingCares) diwujudkan sebagai alternatif untuk meringankan beban anak-anak atau penjaga kepada warga emas agar mereka boleh bekerja, berehat, dan memberi fokus kepada diri sendiri. MyAgeingCares memberi perkhidmatan jagaan profesional di dalam suasana yang selesa.

Kemaskini:: 19/07/2017 [mrizal]

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDTTAg~