Cabaran Fasiliti Dan Teknologi Warga Emas Abad Ini | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Cabaran Fasiliti dan Teknologi Warga Emas Abad Ini

Cabaran Fasiliti dan Teknologi Warga Emas Abad Ini

SERDANG, 30 Okt - Sempena penutupan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2023, Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd. dengan kerjasama Darul Insyirah mengadakan forum bertajuk Cabaran Fasiliti dan Teknologi Warga Emas Abad Ini. Seramai 4 orang jemputan barisan panel terdiri daripada Gs. Ts. Dr. Mohammad Mujaheed Hassan, Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, MyAgeing™, Tn. Hj Noor Isham Mohamed, Pengurus Besar Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd., En. Saflie Azwan, Ketua Pegawai Eksekutif Darul Insyirah dan Dato Dr. Mohd Wahid Samsudin, Pengerusi PAWE@UKM. Forum ini disiarkan secara langsung melalui FB live Darul Insyirah serta turut dihadiri oleh penghuni/bonda dari Darul Insyirah.

Forum ini adalah saluran advokasi yang disasarkan kepada Penjaga Warga Emas dan Pemegang Taruh dalam Industri Warga Emas. Objektif forum ini ialah memahami Kepentingan Teknologi dan Fasiliti Warga Emas untuk penyediaan Malaysia ke arah negara menua 2023, menganalisis cabaran dan rintangan yang terdapat dalam melaksanakan pembangunan teknologi dan fasiliti warga emas di Malaysia dan membincangkan harapan sebagai pemegang taruh industri warga emas, bagaimanakah Malaysia boleh bersedia ke arah Malaysia negara tua 2030.

Sementara itu, Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd. merupakan operator yang mengendalikan Pusat Jagaan Harian Warga Emas di MyAgeing™. Pusat ini beroperasi setiap hari bekerja pada jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus UPEC iaitu Tn. Hj. Isham di talian 019-211 1157.

 

Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 30/10/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCSA7~