Gotong-royong Keceriaan Dan Kebersihan EKSA MyAgeingâ„¢ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Gotong-royong Keceriaan dan Kebersihan EKSA MyAgeingâ„¢

Gotong-royong Keceriaan dan Kebersihan EKSA MyAgeingâ„¢

Serdang, 2 Oktober - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) mengadakan gotong-royong Keceriaan dan Kebersihan EKSA bagi seluruh kawasan EKSA MyAgeing™. Acara yang berlangsung merupakan inisiatif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan imej korporat MyAgeing™ secara keseluruhannya.

Acara gotong-royong ini melibatkan lima zon berbeza, iaitu Zon Delima, Zamrud, Mutiara, Kristal, dan Intan. Setiap zon telah diberikan senarai semak yang mengikut panduan EKSA bagi mengemas dan membuat penambaikan di kawasan masing-masing.

Dalam satu kenyataan, Puan Shahriah Membar, Penolong Pendaftar MyAgeing™ berkata, "Kami amat berbesar hati melihat penyertaan yang aktif daripada warga kerja MyAgeing™ dalam gotong-royong ini. Ini adalah bukti komitmen kami untuk menjaga kebersihan dan keceriaan di tempat kerja kami. Kami percaya bahawa melalui usaha ini, kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."

Selain daripada membersihkan dan mengemas, beberapa aktiviti tambahan turut dijalankan semasa gotong-royong ini termasuk membuat susun atur kawasan bacaan MyAgeing™ yang memerlukan penambaikan dan peningkatan fasiliti rehat bagi warga kerja dan pelanggan MyAgeing™.

Puan Nur Hidayah Tina Abdullah, Ketua Zon Mutiara, berkata, "Ini adalah peluang yang baik bagi kami untuk bekerjasama dan mengukuhkan hubungan kami sebagai satu pasukan. Kami yakin bahawa tempat kerja yang bersih dan ceria akan memberi kesan positif kepada semangat kerja dan prestasi keseluruhan."

Semoga acara gotong-royong Keceriaan dan Kebersihan ini akan menjadi tradisi tahunan yang akan terus memupuk semangat kerja berpasukan di MyAgeing™ dan memberi manfaat kepada pelanggan serta imej korporat MyAgeing™ yang terus berkembang.

Tarikh Input: 04/10/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCNAn~