Kursus Integriti Dihadiri Oleh Staf Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Integriti dihadiri oleh Staf Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢)

Kursus Integriti dihadiri oleh Staf Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢)

SERDANG, 16 Januari – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), UPM telah menganjurkan Kursus Integriti khusus untuk staf MyAgeing™.

 

Seramai 21 orang staf MyAgeing™ yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan , Bukan Akademik dan Pelaksana telah menghadiri kursus ini. Pada permulaan kursus, ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah MyAgeing™ iaitu Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat. Seterusnya kursus ini telah disampaikan oleh Encik Azizi Ismail selaku Ketua Bahagian Governan dan Integriti pada sesi pagi dan Cik Noremy Busu selaku Ketua Seksyen Pembangunan Organisasi, Pejabat Pendaftar pada sesi petang.

 

Tujuan kursus ini diadakan agar dapat memberi kefahaman tentang definisi Integriti, konsep dan nilai-nilai Integriti, menghayati dan mengamalkannya, mempunyai akauntabiliti semasa menjalankan tugas dalam perkhidmatan, memahami dan mematuhi arahan keselamatan yang berkuatkuasa; dan memahami tanggungjawab melaporkan perbuatan salah laku.

 

Dalam pada itu, Integriti adalah penting untuk berjaya dalam kerjaya. Dengan kekal komited kepada Integriti, staf boleh menunjukkan contoh positif kepada orang lain dan memastikan pengalaman tempat kerja yang lebih baik untuk semua.

 

   

Tarikh Input: 19/01/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCTAs~