Kursus Kenali Masalah Pergerakan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Kenali Masalah Pergerakan Warga Emas

Kursus Kenali Masalah Pergerakan Warga Emas

Serdang, 31 Januari - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan kursus yang bertajuk Kursus Kenali Masalah Pergerakan Warga Emas. Kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Hibatullah Romli, Pensyarah Kanan(Terapi Cara Kerja),Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

 

Seramai 19 peserta yang terdiri di kalangan Staf UPM dan orang awam telah mendapat perkongsian mengenai cabaran-cabaran yang berkaitan dengan pengendalian warga emas berdasarkan kepada  keupayaan warga emas tersebut. Seterusnya peserta diberi penekanan mengenai kepentingan konsep mobiliti terhadap warga Emas. Peserta juga didedahkan dengan teknik- teknik dan SOP angkatan yang betul bagi warga emas bagi mengurangkan kecederaan kepada warga emas dan juga mengurangkan risiko bebanan berlebihan kepada penjaga. Selain itu, peserta diberi penerangan serta merasai sendiri pengalaman melalui aktiviti ‘6 minutes Walking Test’ Ini bagi bertujuan untuk penilaian prestasi fizikal,ketahanan dan mobiliti.


Topik terakhir adalah berkaitan pemindahan menggunakan ‘Transfer Board’. antara kaedah yang memudahkan untuk pemindahan dari kerusi roda ke kenderaan. Teknik ini amat penting untuk difahami dan dipelajari kerana bebanan terhadap penjaga akan berkurang lantas mengurangkan risiko risiko yang tidak diingini. Teknik ini juga tidak memerlukan lebih ramai penjaga untuk pemindahan warga emas dan sangat praktikal untuk digunakan.

Sementara itu, kursus ini merupakan kursus pertama yang diadakan bagi tahun 2024. Bagi yang berminat untuk menyertai kursus anjuran MyAgeing™, sila kemukakan permohonan ke alamat e-mel: tera.myageing@upm.edu.my /myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.

 

  

 

 

Laporan disediakan oleh:

Farid Jihadi Sulaiman
Pegawai Eksekutif 
Tel: +603 - 9769 2758
E-mel: faridjihadi@upm.edu.my

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCMA1~