Kursus Pemakanan Sihat Untuk Kehidupan Warga Emas Yang Lebih Sejahtera | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Kursus Pemakanan Sihat Untuk Kehidupan Warga Emas Yang Lebih Sejahtera

Kursus Pemakanan Sihat Untuk Kehidupan Warga Emas Yang Lebih Sejahtera

Serdang, 27 Februari - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan kursus bertajuk Pemakanan Sihat Untuk Kehidupan Warga Emas Yang Lebih Sejahtera di Bilik Latihan, MyAgeing™.

 

Kursus ini telah disampaikan oleh Dr Noraida Omar, Pensyarah Kanan dari Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM yang juga Dietitian Klinik Diet Warga Emas, Klinik Pakar Perubatan Geriatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM.

 

Antara manfaat dari kursus ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai pemakanan sihat melalui terapi pemakanan perubatan. Terapi pemakanan perubatan dibincangkan mengikut kategori seperti pengurusan berat badan, untuk hipertensi, untuk dislipidemia dan diabetes.

 

Melalui kursus ini juga peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari mengenai pemakanan yang seimbang dan sesuai untuk mengekalkan keadaan kesihatan yang optimum sepanjang proses penuaan kepada diri sendiri dan manfaatkan bersama ahli keluarga.

 

Selain itu, kursus ini juga menyediakan satu sesi khas pengiraan yang merangkumi berat badan, Indeks Jisim Badan (BMI), komposisi tubuh, peratusan lemak tubuh, dan pemeriksaan kesihatan untuk peserta. Sesi ini bertujuan membantu peserta untuk mengenali jenis dietetik yang paling sesuai dengan keperluan kesihatan mereka. Dengan maklumat yang diperoleh dari pengiraan ini, peserta dapat membuat pilihan pemakanan yang lebih baik dan merancang diet yang berkualiti untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka dalam kehidupan seharian.

 

May be an image of 11 people, hospital, dais and text May be an image of 4 people, people studying and text that says "Budayakan Pemakanan Sihat: Begini Caranyal makanan S 1 PM"  May be an image of 5 people, dais and text  May be an image of 4 people, people studying and text

Tarikh Input: 27/02/2024 | Kemaskini: 11/03/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCQAj~