KWSP Dan Anda: Merancang Persaraan Bersama KWSP | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » KWSP dan Anda: Merancang Persaraan bersama KWSP

KWSP dan Anda: Merancang Persaraan bersama KWSP

2 Ogos 2023 - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing™ telah menganjurkan webinar yang bertajuk "KWSP dan Anda: Merancang Persaraan bersama KWSP". Webinar ini telah disampaikan oleh Puan Ida Izwah Mohd Sharif, Ketua, Khidmat Nasihat Persaraan, KWSP Kajang.
 
 
Seramai 50 peserta yang terdiri di kalangan Staf UPM dan orang awam telah mendapat perkongsian mengenai skim dan faedah KWSP, produk dan perkhidmatan KWSP serta perancangan untuk persaraan yang lebih selesa. Peserta juga didedahkan dengan panduan untuk menentukan simpanan minimum yang diperlukan untuk persaraan mengikut umur serta kepentingan keperluan tentang simpanan pada jumlah tertentu untuk membiayai keperluan asas persaraan mereka.
 
Terima kasih kepada peserta yang telah menyertai webinar ini.
 

Tarikh Input: 02/08/2023 | Kemaskini: 02/08/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCOAO~