Laboratori Gerontologi Perubatan Dan Geronteknologi, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢) Terlibat Dalam Pameran Bersempena Persidangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢) terlibat dalam pameran bersempena Persidangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingâ„¢) terlibat dalam pameran bersempena Persidangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

SERDANG, 25 Okt - Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah terlibat dalam pameran bersempena Persidangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang telah diadakan pada 25-26 Oktober 2023 di Fakulti Kejuteraan, UPM.

 

May be an image of 5 people and text May be an image of 7 people, hospital and text 

Program ini diadakan bagi memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang sains dan teknologi, kejuruteraan serta matematik agar mereka memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini ketika di tingkatan empat dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi.

May be an image of 5 people, people studying, clothes iron, hospital and text May be an image of 5 people, people studying, dais and text 

Semasa pameran ini berlangsung, staf laboratori telah menunjukkan demonstrasi penggunaan MBT Link- sistem pemantauan kesihatan interaktif. Sistem ini digunakan untuk memantau data pesakit yang terdiri daripada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu dan berat badan serta lain-lain maklumat yang disambungkan melalui aplikasi di telefon pintar. Selain itu, staf juga menunjukkan demostrasi peralatan FIBOD Smart Balance Board yang digunakan untuk mengakses risiko jatuh, kecederaan buku lalu dan menguji keseimbangan badan melalui permainan interaktif.

 

Diharapkan program ini dapat membuka mata pelajar tentang bagaimana teknologi sangat membantu dalam memudahkan urusan harian termasuklah dalam pemantauan tahap kesihatan kita.

 

Laporan disediakan oleh:

Siti Aisyah Nor Akahbar
Pegawai Sains
Tel: +603 - 9769 2739
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: a_aisyah@upm.edu.my

 

 

 

Tarikh Input: 31/10/2023 | Kemaskini: 31/10/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCVAX~