Latihan Pengungsian Bangunan MyAgeingâ„¢ 2023 (Fire Drill 2023) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Latihan Pengungsian Bangunan MyAgeingâ„¢ 2023 (Fire Drill 2023)

Latihan Pengungsian Bangunan MyAgeingâ„¢ 2023 (Fire Drill 2023)

 

SERDANG, 15 Dis – Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT), MyAgeing™ telah berjaya mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan MyAgeing™ 2023 (Fire Drill 2023) setelah tiga (3) tahun terhenti akibat pandemik COVID-19. Latihan ini adalah kerjasama dengan pihak Unit Bantu Mula (UBM), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Polis Bantuan UPM.

Latihan bermula pada jam 10.00 pagi dengan insiden kebakaran bersama kepulan asap di Pantri Aras 3, MyAgeing™ dan disusuli dengan bunyi sistem penggera keselamatan. Semua penghuni berjaya keluar dari bangunan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam kejadian tersebut, terdapat seorang mangsa terjatuh dari tangga dan mengalami luka kecil serta patah tangan. Pegawai Pertolongan Cemas telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum pihak PKU tiba di tempat kejadian.

 

 

 

Berdasarkan hasil Post-Mortem Pasukan ERT MyAgeing™, Encik Hasmi bin Sulaiman selaku ketua dari Unit Bantu Mula (UBM) memaklumkan secara keseluruhan pelaksanaan Latihan Pengungsian Bangunan MyAgeing 2023 adalah baik. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pasukan ERT pada masa akan datang.

Sementara itu, Latihan Pengungsian Bangunan merupakan latihan tahunan yang wajib dilaksanakan oleh setiap PTJ di UPM bertujuan untuk memberi latihan kepada Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) sebagai first responder serta melatih staf dalam mematuhi arahan semasa dalam menghadapi sebarang kes kecemasan. Selain itu, latihan ini juga bertujuan untuk menguji sistem keselamatan yang ada di MyAgeing™.

 

   

 

Tarikh Input: 18/12/2023 | Kemaskini: 18/12/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCHAi~