Latihan Sangkutan Pegawai Pasca Kedoktoran Di MyAgeingâ„¢ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Latihan Sangkutan Pegawai Pasca Kedoktoran di MyAgeingâ„¢

Latihan Sangkutan Pegawai Pasca Kedoktoran di MyAgeingâ„¢

Serdang, 31 Januari 2024- Dr Mohd Shaiful Azlan Bin Kassim merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang juga merupakan calon Subkepakaran Kesihatan Awam (Kesihatan Keluarga) dengan pengkhususan Kesihatan Warga Emas telah menamatkan latihan sangkutan selama satu bulan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) pada hari ini.

 

Dr Mohd Shaiful Azlan Bin Kassim mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana beliau telah mendapat bimbingan daripada penyelia Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat, Pengarah MyAgeing™dan juga Dr. Siti Aisah binti Mokhtar, Ketua Program Gerontologi Perubatan serta pegawai-pegawai laboratori, staf akademik dan juga semua staf pentadbiran dan sokongan.

 

Di antara aktiviti utama yang dilaksanakan Dr Mohd Shaiful Azlan Bin Kassim adalah projek komuniti bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) MyAgeing (tag FB PAWE MyAgeing). Beliau juga aktif memberikan bimbingan sesi ceramah dan konsultasi kesihatan kepada ahli PAWE MyAgeing dalam skop penuaan sihat, masalah kesihatan warga emas terutamanya kesedaran dan saringan kepada penyakit demensia.

Penyampaian sijil dan cenderamata turut disampaikan oleh Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat.

 

Semoga terus maju jaya.

 

  

  

Tarikh Input: 31/01/2024 | Kemaskini: 22/03/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCIAN~