Lawatan Akademik Dan Teknikal Dalam Kalangan Peserta 21st Biennial International Congress Of Asian Regional Association For Home Economics (ARAHE) 2023 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan Akademik dan Teknikal Dalam Kalangan Peserta 21st Biennial International Congress of Asian Regional Association for Home Economics (ARAHE) 2023

Lawatan Akademik dan Teknikal Dalam Kalangan Peserta 21st Biennial International Congress of Asian Regional Association for Home Economics (ARAHE) 2023

 
SERDANG, 10 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima pelawat seramai 30 orang peserta dari 21st Biennial International Congress of Asian Regional Association for Home Economics (ARAHE) 2023. Lawatan ini telah disambut oleh barisan ahli pengurusan dan pegawai MyAgeing™ .
 
 
Para peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai negara, antaranya Jepun, Korea, Jerman, China dan Filipina. Sesi penerangan berkaitan perkhidmatan dan fungsian MyAgeing™ telah disampaiakan oleh Prof. Madya Dr. Hayati Kadir@Sahar, Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi. Para peserta turut dibawa melawat dan mencuba peralatan makmal dan perkhidmatan yang ada di MyAgeing™.
 
 
Sementara itu, sejak tahun 1983 Asian Regional Association for Home Economics (ARAHE) telah mengadakan kongres antarabangsa di Jepun. ARAHE merupakan platform untuk membina jaringan dan kolaborasi, berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, mengadakan dialog dan pertukaran idea berhubung trend dan isu terkini dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga dari perspektif Asia. Kongres ini turut menarik minat pelbagai profesional bidang Ekonomi Rumah Tangga berhubung kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat dalam usaha menyokong pendidikan sekolah, komuniti dan Latihan vokasional.

Tarikh Input: 10/08/2023 | Kemaskini: 11/08/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCRAl~