Mahasiswa FRSB UPM Timba Pengalaman Baharu Di MyAgeingâ„¢ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Mahasiswa FRSB UPM Timba Pengalaman Baharu Di MyAgeingâ„¢

Mahasiswa FRSB UPM Timba Pengalaman Baharu Di MyAgeingâ„¢

SERDANG, 15 Disember - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan seramai 35 orang dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM yang terdiri dari pensyarah dan pelajar Kursus Studio Reka Bentuk Kreatif II (IND3102). Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan peranan MyAgeing™ sebagai sebuah entiti penyelidikan berkaitan warga emas dan penuaan di Malaysia. Rombongan ini telah diberikan taklimat berkenaan peranan penting penyelidikan dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas. Pengarah MyAgeing™ telah menyatakan "Kami gembira menyambut pelajar-pelajar ini ke institut kami. Mereka membawa semangat dan minat yang besar dalam bidang rekabentuk produk dan kami yakin pengalaman ini akan memberi mereka wawasan mengenai keperluan pembangunan produk untuk golongan warga emas”. 

   

Selain daripada takimat yang disampaikan, pelajar-pelajar turut diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan peralatan yang ada di MyAgeing™. Ini memberi mereka peluang untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan perkhidmatan yang disediakan di sini. Adalah diharapkan, pengalaman ini akan merangsang minat dan komitmen pelajar-pelajar terhadap penyelidikan serta sumbangan mereka bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat, terutamanya dalam kalangan warga emas.

  

 

Laporan disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

 

 

Tarikh Input: 19/12/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCPAJ~