Majlis Penutup Bengkel Pembangunan SOP Dan Penyerahan SOP Penjagaan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Majlis Penutup Bengkel Pembangunan SOP dan Penyerahan SOP Penjagaan Warga Emas

Majlis Penutup Bengkel Pembangunan SOP dan Penyerahan SOP Penjagaan Warga Emas

SERDANG, 6 Sept – Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd. (UPE) selaku operator MyAgeingCares telah mengadakan Majlis Penutup Bengkel Pembangunan SOP dan Penyerahan SOP. Majlis ini telah dihadiri oleh staf UPE, Dawjie Sdn. Bhd. / Darul Insyirah dan staf MyAgeing™.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah MyAgeing™ dan disusuli  ucapan dari wakil UPE & Dawjie Sdn. Bhd. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi menandatangani SOP antara ketiga-tiga pihak. Sesi penyerahan SOP oleh En. Mohd Saflie Azwan bin Imam Safaat, Ketua Pegawai Eksekutif Darul Insyirah kepada Tuan Haji Noor Isham bin Mohamed, Pengurus Besar Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd. menjadi simbolik kepada majlis hari ini.

Sementara itu, pembangunan SOP ini dapat membantu pengurusan harian pusat jagaan, termasuklah dari segi pengurusan staf, kewangan, dan penyelenggaraan fasiliti. Ini dapat meningkatkan kecekapan operasi dan membina reputasi yang baik bagi pusat jagaan warga emas, seterusnya menarik pelanggan dan memastikan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

 

     

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 22/09/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCJAq~