MyAgeingâ„¢ Sertai Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MyAgeingâ„¢ Sertai Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas

MyAgeingâ„¢ Sertai Perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas

 



PUTRAJAYA, 8 Januari- Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim turut mengambil bahagian di dalam pembentangan dalam sesi perbincangan Meja Bulat Berkaitan Pembudayaan Sukan Dalam Kalangan Warga Emas, yang telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Putrajaya semalam.

Pengarah MyAgeing™, Prof Madya Dr. Rahimah Ibrahim berkata, penyertaan dalam sukan mengiktiraf peranan penting warga emas dalam masyarakat dan menggalakkan mereka untuk kekal aktif dan terlibat dengan komuniti. Program sukan memberi manfaat kepada individu yang berumur dengan menyebarluaskan faedah fizikal, mental dan sosial, penuaan dengan cara yang sihat, dan menggalakkan interaksi sosial.

“Dengan menjadikan sukan lebih inklusif, masyarakat menghargai dan menghormati tahap kesihatan dan keupayaan individu yang sentiasa berubah, menggalakkan mereka untuk terus menikmati aktiviti dan hidup dengan matlamat”, katanya.

Tambah beliau, hal ini menggalakkan rakyat supaya lebih menerima dan menyokong keterangkuman semua peringkat umur dalam Masyarakat.

Sementara itu, sesi perbincangan meja bulat ini telah dipengerusikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan dan dan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan persatuan sukan peringkat kebangsaan.

Tarikh Input: 09/02/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCQAT~