Norxin International Science And Technology Cooperation Base, Xi'an City, China Bincang Potensi Kerjasama Dengan MyAgeingâ„¢ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Norxin International Science and Technology Cooperation Base, Xi'an City, China Bincang Potensi Kerjasama Dengan MyAgeingâ„¢

Norxin International Science and Technology Cooperation Base, Xi'an City, China Bincang Potensi Kerjasama Dengan MyAgeingâ„¢

SERDANG, 16 Januari - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan seramai 4 orang dari pihak Norxin International Science and Technology Cooperation Base, Xi’an City, China dengan diiringi oleh pihak Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan peranan MyAgeing™ sebagai sebuah entiti penyelidikan berkaitan warga emas dan penuaan di Malaysia.
 
Rombongan ini telah diberikan taklimat berkenaan peranan penting penyelidikan dalam meningkatkan kualiti hidup warga emas oleh Timbalan Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Ling King Hwa. Turut hadir bersama dalam taklimat dan perbincangan ini adalah Ketua Laboratori dan Ketua Program Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi serta staf MyAgeing™.
 
Pihak Norxin International Science and Technology Cooperation Base juga turut memberikan pembentangan berkaitan peranan organisasi tersebut. Selesai sesi taklimat, kedua-dua pihak telah membincangkan kebarangkalian dalam perjalinan usahasama berkaitan penyelidikan, inovasi dan pelajar.
 
Sebagai penutup kepada lawatan ini, pihak Norxin International Science and Technology Cooperation Basei dibawa melihat dengan lebih dekat kemudahan dan peralatan yang ada di MyAgeing™. Ini memberi mereka peluang untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan perkhidmatan yang disediakan di sini.
 
May be an image of 11 people and text  
 

Disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

Tarikh Input: 23/01/2024 | Kemaskini: 23/01/2024 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCNAL~