Penglibatan MyAgeingâ„¢ Dalam Bengkel Pembangunan ‘Prosedur Operasi Standard’ (SOP) Penjagaan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Penglibatan MyAgeingâ„¢ Dalam Bengkel Pembangunan ‘Prosedur Operasi Standard’ (SOP) Penjagaan Warga Emas

Penglibatan MyAgeing™ Dalam Bengkel Pembangunan ‘Prosedur Operasi Standard’ (SOP) Penjagaan Warga Emas

SERDANG, 4 Sept - Ukhwah Padu Entrust Sdn. Bhd. (UPE) selaku operator MyAgeingCares telah mengadakan Bengkel Pembangunan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penjagaan Warga Emas. Bengkel ini dijalankan selama 2 bulan bermula pada 3 Julai 2023 dan berakhir pada 4 September 2023. Pihak UPE telah melantik Dawjie Sdn. Bhd. / Darul Insyirah sebagai perunding bagi membangunkan SOP ini.

Pihak MyAgeing™ turut diberikan peluang untuk menyertai bengkel ini bagi meningkatkan pengalaman dan kemahiran staf. SOP ini merupakan satu keperluan dalam perjanjian pengurusan MyAgeingCares bagi membantu memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pengendali pusat jagaan adalah konsisten dan berkualiti. Terdapat enam (6) prosedur utama yang telah dibangunkan iaitu Prosedur Kemasukan, Kecemasan, Makanan, Penjagaan dan Penyimpanan Fail, Aktiviti Harian dan Perhubungan Awam.

 

Sementara itu, Ukhwahpadu Entrust Cares (UPEC) telah mula beroperasi pada 2 Mei 2023 bertempat di MyAgeing™. UPEC menerima warga emas yang boleh mengurus diri dan mampu menyertai aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi memastikan warga emas yang berada di UPEC mendapat manfaat sepenuhnya daripada aktiviti-aktiviti yang disertai. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pengurus UPEC iaitu Tn. Hj. Isham di talian 019-211 1157.

 

 

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 22/09/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCOAy~