Perkongsian MyAgeingâ„¢ Di Program Siswa UPM@Komuniti, Alor Gajah Melaka | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Perkongsian MyAgeingâ„¢ di Program Siswa UPM@Komuniti, Alor Gajah Melaka

Perkongsian MyAgeingâ„¢ di Program Siswa UPM@Komuniti, Alor Gajah Melaka

Alor Gajah,10 Jun 2023 – Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tun Dr Ismail, UPM dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tun Dr Ismail, JPKK Ayer Pa’abas, Jkuasa Masjid Saga Kg Ayer Pa’abas, Sekolah Kebangsaan Ayer Pa’abas, MyAgeing™ UPM dan Kompleks Falak Al Khawarizmi telah menganjurkan program Siswa Bakti UPM @ Komunti: Seruan Bakti Bergema di Bumi Bersejarah (UPM-SisKOM@MELAKA 2023) pada 09 - 11 Jun 2023 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Pa'abas, Masjid Saga Kampung Ayer Pa'abas dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.

 

Program UPM-SisKOM@Melaka 2023 adalah merupakan satu inisiatif dari Kolej Tun Dr Ismail, UPM ke arah mewujudkan satu jalinan dan ikatan yang berterusan antara mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia dengan pihak komuniti/institusi. Program ini telah melibatkan seramai 44 orang pelajar KTDI, UPM. Antara antiviti yang telah dijalankan adalah bersama pelajar sekolah rendah SK Ayer Pa’abas iaitu Fun English, Creative Arts dan Maths In Life. Selain itu, aktiviti bersama penduduk Kg. Ayer Pa’abas juga turut diadakan seperti program perasmian dan penyerahan keluarga angkat bersama aktiviti lain seperti senamrobik, gotong-royong, rewang, sukan rakyat, masak dodol dan juga kampung Walk. Penglibatan agensi seperti Yakult Malaysia SDN BHD dan Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™ UPM), UPM juga turut dilaksanakan melalui sesi perkongsian maklumat berkaitan aspek kesihatan. Sambutan yang diterima dari penduduk kampung adalah amat menggalakkan. Di hari terakhir program ini, para pelajar telah mengadakan sesi lawatan sambal belajar berkaitan ilmu astronomi dan juga pencerapan bulan & bintang di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka.

          

Ceramah bertajuk Masalah Kesihatan Warga Emas yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hayati Kadir@Shahar, Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan, MyAgeing™

 

Melalui program ini, ianya diharapkan akan dapat mewujudkan integrasi dan interaksi dua hala antara warga kampus dan komuniti/institusi melalui konsep perkongsian/perpindahan ilmu sama ada dalam aspek pengetahuan, kemahiran mahupun pengalaman bagi memastikan kedua-duanya mendapat manfaat bersama. Dengan pelaksanaan progam ini juga secara tidak langsung akan menjadi salah satu platform ke arah memperkasakan Kemahiran Insaniah mahasiswa UPM, yang mana diharapkan akan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.

 

 

Disediakan oleh,

Encik Mohd. Rizal Hussain

Pegawai Penyelidik

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCLA0~