Program Kelestarian Hijau MyAgeingâ„¢ Bersama Komuniti | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Program Kelestarian Hijau MyAgeingâ„¢ bersama Komuniti

Program Kelestarian Hijau MyAgeingâ„¢ bersama Komuniti

Serdang, 2 Oktober - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah mengadakan Program Kelestarian Hijau bersama komuniti. Program yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada tengahari ini dihadiri oleh warga MyAgeing™ serta 12 orang warga komuniti setempat.

Peserta program, termasuk warga MyAgeing™ dan komuniti setempat, telah menyambut program ini dengan penuh semangat dan gembira. Mereka tidak hanya mendapatkan pengetahuan baru mengenai kelestarian alam, tetapi juga berpeluang untuk bersilaturrahim dan merasai pengalaman bertani.

Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Halimatus Sakdiah Minhat, berharap bahawa program ini akan terus menjadi platform yang berharga untuk memupuk kesedaran dan tindakan positif terhadap alam sekitar di kalangan warga MyAgeing™ dan komuniti setempat.

Program Kelestarian Hijau MyAgeing™ adalah satu lagi contoh kegiatan yang menunjukkan komitmen MyAgeing™ dalam mempromosikan kelestarian dan kesedaran alam sekitar. Semoga usaha ini akan terus memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar.

Tarikh Input: 04/10/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCMAp~