Sesi Perkongsian Pengalaman, Kemahiran Dan Penjagaan Warga Emas Demensia MyAgeingTM Bersama Komuniti Seksyen 24 Shah Alam, Selangor | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Sesi Perkongsian Pengalaman, Kemahiran dan Penjagaan Warga Emas Demensia MyAgeingTM Bersama Komuniti Seksyen 24 Shah Alam, Selangor

Sesi Perkongsian Pengalaman, Kemahiran dan Penjagaan Warga Emas Demensia MyAgeingTM Bersama Komuniti Seksyen 24 Shah Alam, Selangor

SERDANG, 20 Januari - Penuaan adalah suatu realiti kehidupan yang dihadapi oleh setiap individu. Seiring dengan usia, keperluan penjagaan kesihatan meningkat, terutama di kalangan warga emas. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental seperti demensia, cabaran ini menjadi lebih mencabar. Demensia merupakan suatu penyakit yang melibatkan penurunan fungsi kognitif, seperti kehilangan ingatan, kebolehan berfikir, dan penilaian. Sebagai masyarakat yang prihatin, adalah penting bagi kita untuk berkongsi pengalaman, kemahiran, dan penjagaan terbaik bagi warga emas yang menghidap demensia.

 

Menyedari hakikat ini, pihak MyAgeing™ dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2), MPP Zon 8 dan komuniti Seksyen 24, Shah Alam, Selangor telah mengadakan Sesi Perkongsian Pengalaman, Kemahiran dan Penjagaan Warga Emas Demensia bertempat di Dewan Cengal MBSA Seksyen 24, Shah Alam. Sesi ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengumpulan data di bawah kajian LRGS Psychosocial and Societal Burden of Cognitive Fraitly among Older Persons in the Community. Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi mengenalpasti profil demografi, kesihatan fizikal, mental, sosial dan ekonomi penjaga warga emas keuzuran kognitif atau demensia serta impaknya ke atas penjaga tersebut. Pelbagai pengisian yang diadakan seperti slot penerangan berkaitan warga emas dan demensia, senaman untuk warga emas, demonstrasi kaedah penjagaan dan pengurusan warga emas dan pameran oleh pelajar-pelajar Kelab Gerontologi dan Geriatrik SMK Seksyen 24(2), Shah Alam, pemeriksaan kesihatan serta temubual survei bersama penjaga warga emas ini berkenaan pengalaman penjagaan warga emas yang berkeuzuran kognitif atau demensia.

 

Dalam sesi ini juga, peserta turut berkongsi cerita mereka sendiri tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam menguruskan warga emas yang memerlukan penjagaan khas ini. Selain itu, sesi ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menyumbangkan idea atau pandangan mereka mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran, sokongan, dan akses kepada perkhidmatan penjagaan.

 

     

 

Disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

Tarikh Input: 23/01/2024 | Kemaskini: 23/01/2024 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCSAC~