Sistem Pembelajaran Politeknik Turut Menyahut Cabaran Malaysia Kearah Negara Tua 2030 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Sistem Pembelajaran Politeknik Turut Menyahut Cabaran Malaysia Kearah Negara Tua 2030

Sistem Pembelajaran Politeknik Turut Menyahut Cabaran Malaysia Kearah Negara Tua 2030

 
SERDANG, 24 Februari  – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima lawatan dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) , Kuantan Pahang. Lawatan ini telah dihadiri seramai tiga puluh empat orang pelajar (34) jurusan Diploma Seni Bina dan tiga (3) orang pensyarah pengiring turut serta dalam lawatan ini.
 
Pada peringkat awal ,pelajar telah diberi taklimat berkaitan perkhidmatan yang terdapat di MyAgeing™oleh ketua Program Geronteknologi, Ts. Dr. Mohd Nazim Mohtar. Seterusnya pelajar dibawa melihat sendiri dan mencuba perkhidmatan yang terdapat di MyAgeing™.
 
“Pensyarah POLISAS, Dr. Julia berkata setiap semester pelajar akan di bawa lawatan tapak untuk mendapatkan idea berkaitan projek-projek dan tugasan yang telah ditetapkan dan pada semester kali ini berfokuskan projek reka bentuk bangunan untuk Elderly Community Centre.”
 
“Tambahannya pula mulai 2023 Malaysia telah menetapkan setiap bangunan yang dibina mempunyai fungsi-fungsi mesra usia termasuk warga emas.”
 
“Pengarah MyAgeing™ melahirkan harapan agar lawatan ini dapat melahirkan bakal-bakal pelukis pelan dan menjadi nilai tambah kepada sistem lukisan bangunan dan untuk merealisasikan kemudahan – kemudahan terdapat di Malaysia bersifat mesra usia”
 
Pada masa yang sama, POLISAS adalah langkah kerajaan untuk menambah bilangan separa profesional yang terlatih dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan untuk menjayakan projek pembangunan, sekali gus menjadikan pembangunan Perindustrian negara berkembang pesat. Kini terdapat 27 politeknik yang beroperasi di Malaysia.
 
POLISAS kini, diketuai oleh seorang Pengarah, dibantu oleh Timbalan Pengarah (Akademik) dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) untuk menguruskan 7 jabatan dan 11 unit, diketuai oleh ketua jabatan/unit dan telah melahirkan 26,618 orang graduan.
 

Tarikh Input: 26/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCSAQ~