YAWAS Dan MyAgeingâ„¢ Bincang Kerjasama Ke Arah Memperkasakan Warga Emas Di Selangor | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » YAWAS dan MyAgeingâ„¢ Bincang Kerjasama Ke Arah Memperkasakan Warga Emas di Selangor

YAWAS dan MyAgeingâ„¢ Bincang Kerjasama Ke Arah Memperkasakan Warga Emas di Selangor

YAWAS dan MyAgeing™ Bincang Kerjasama Ke Arah Memperkasakan Warga Emas di Selangor

SERDANG, 29 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan seramai 6 orang dari pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI). Lawatan ini telah disambut oleh barisan ahli pengurusan dan pegawai MyAgeing™. YAWAS telah ditubuhkan pada 2009 dan merupakan badan yang memfokuskan kepada program kesejahteraan keluarga di Selangor seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (ASUH PINTAR), Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS), Skim Mesra Warga Emas (SMUE), Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) dan Iltizam Anak Selangor.

Kunjungan YAWAS ke MyAgeing™ adalah untuk berkongsi mengenai program-program di bawah kendaliannya terutamanya Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) serta berkongsi pandangan dalam usaha memahami tentang dasar dan inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam membantu menyantuni warga emas di negeri Selangor. Selain itu juga, perbincangan lanjut antara pihak YAWAS dan MyAgeing™ turut diadakan bagi melihat bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti dan program berkaitan warga emas pada masa akan datang. Di akhir kunjungan, pihak YAWAS telah dibawa untuk melawat sekitar kompleks MyAgeing™ bagi melihat kemudahan dan fasiliti yang ada di sini.

 

     

      

 Laporan disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

  

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/09/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCQAZ~