SERDANG, 31 Mac - Majlis Serah tugas Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah diadakan semalam.
Mantan pengarah Prof Ir. Dr. Siti Anom Ahmad yang bertugas sebagai pengarah MyAgeing™ telah menyerahkan tugas kepada Prof. Madya Dr. Halimatus Saadiah Minhat dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.
Majlis serah terima tugas ini disaksikan oleh ahli pengurusan MyAgeing™, Mantan Pengarah Pertama Dato' Dr. Tengku Aizan Hamid dan staf. Dalam Ucapan beliau mengharapkan semua pegawai dan staf dapat mengekalkan prestasi dan memberi kerjasama yang baik kepada pengarah baharu. Beliau juga berharap agar penyelidikan di MyAgeing™akan terus berkembang masa akan datang.
Date of Input: 01/04/2023 |
Updated: 01/04/2023 | lizamdnor
MEDIA SHARING