Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2018 | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
» NEWS » Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2018

Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2018

20 OKTOBER, SEREMBAN- Syukur kehadrat Allah  s.w.t di atas limpah dan kurnianya, Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2018 anjuran Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan kerjasama AJK Masjid Kariah Paroi Jaya dan WAZAN, UPM telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 20 Oktober 2018 bertempat di Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ismail bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar (Exco & ADUN Labu, Negeri Sembilan). Tujuan majlis ini adalah bersempena menyambut hari warga emas yang diadakan setiap tahun pada bulan Oktober dan pada masa yang sama untuk mewar-warkan kepada penduduk setempat mengenai Pusat Aktiviti Harian Wakaf Pak Ngah Atan yang akan dibuka di Golf Height, Seremban. Aktiviti ini juga diharap dapat menerap nilai kasih sayang dan tanggungjawab dikalangan orang muda terhadap warga emas.  

Majlis sambutan ini telah dihadiri oleh seramai 132 orang warga emas yang terdiri daripada penduduk setempat. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan di antaranya gerai pameran, saringan kesihatan, saringan dementia, pemeriksaan telinga, jualan produk kesihatan dan gerai makanan. Pengunjung juga telah  diajar cara bersenam menggunakan kerusi iaitu senamas dimana senaman ini bukan hanya sesuai untuk warga emas yang sihat tetapi juga boleh dilakukan oleh warga emas yang kurang upaya. Bagi memberkati majlis sambutan ini,  para pengunjung telah sama-sama menunaikan solat dhuha yang dipimpin oleh Ustaz Hj Abd. Hamid b. Jaman dan seterusnya diakhiri  dengan kuliah dhuha  yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Fadzilah Zulkafli.

 

Oleh:

Pn. Siti Suhailah Abdullah

Date of Input: 24/10/2018 | Updated: 24/10/2018 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389472750/ 2755
0389472738/ 2744
C1542226058