PENYERTAAN KURSUS PEMANTAPAN IMEJ PROFESIONAL | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» ACTIVITIES » Inaugural Lecture Prof. Dr. Abdul Rahman Omar Video Link

Event Title
PENYERTAAN KURSUS PEMANTAPAN IMEJ PROFESIONAL
Date
22 Jan 2019 - 22 Jan 2019
Time
01.00 - 07.30
Location
Seminar Room, MyAgeing
Event Summary
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), UPM akan menganjurkan Kursus Pemantapan Imej Profesional yang bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam meningkatkan personaliti dan penampilan diri secara profesional bagi memberikan imej terbaik kepada perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Unit Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), IPPM amat berbesar hati untuk menawarkan kursus ini kepada staf di PTJ/Organisasi Tuan/Puan sebagaimana butiran berikut: Nama Kursus : Kursus Pemantapan Imej Profesional Tarikh : 22 Januari 2019 (SELASA) Tempat : Bilik Seminar, IPPM Masa : 8.00 pagi – 1.00 Petang Yuran : RM80 Bengkel ini akan dikendalikan oleh pakar perundingan imej yang tidak asing lagi iaitu Encik Rudy Ludinata M. Beliau merupakan penerima pentaulihan professional sebagai Certified Professional Image Consultant (CPIC) dan Certified Fine Dining Consultant(CFDC). Beliau berpengalaman dan berkemahiran tinggi mengendalikan program perundingan imej, protokol, etiket sosial, pengucapan awam, pengurusan majlis rasmi kerajaan, perhubungan awam dan pengurusan khidmat pelanggan. Bersama-sama ini dilampirkan poster kursus untuk perhatian pihak tuan/puan. Sila hubungi 03-89472755/1473 (Pn. Nurul Asyikin / Pn. Saleha) untuk pertanyaan lanjut dan urusan pendaftaran. Terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Sekian, terima kasih.

Updated:: 21/09/2021 [norhanika]

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUJAP~