Tarikh: 1 Oktober 2025 Tema: Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita
Pengenalan Hari Warga Emas disambut setiap tahun pada 1 Oktober sebagai pengiktirafan kepada sumbangan, jasa, dan pengalaman warga emas dalam pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara. Sambutan ini juga memberi peluang untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi oleh warga emas serta kepentingan mewujudkan masyarakat inklusif dan mesra usia.
Tema Hari Warga Emas Kebangsaan 2025: Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita Tema tahun ini menekankan bahawa warga emas bukan sekadar sebahagian daripada sejarah kita, tetapi juga gambaran masa depan generasi akan datang. Kehidupan, kebijaksanaan, dan pengalaman mereka menjadi cerminan perjalanan kita sendiri menuju usia emas. Oleh itu, persediaan awal dalam aspek kesihatan, kesejahteraan, kewangan, serta sokongan sosial adalah penting untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.
Aktiviti Sambutan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan sempena sambutan ini, antaranya: i) Pameran gerontologi dan penuaan. ii) Forum dan wacana berkaitan kesejahteraan warga emas. iii) Siri Podcast perkongsian kisah inspirasi warga emas.