MyAgeing menawarkan kemudahan peralatan penyelidikan sains dan teknologi yang terkini mengenai penuaan di Malaysia dan dibantu oleh kakitangan yang profesioanal yang memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Semua penyelidik yang diiktiraf, ahli akademik dan pelajar dalam bidang sosial, sains dan teknologi penuaan. Kami mengalu-alukan sesiapa yang menerima geran penyelidikan dari pihak yang diperakui, agensi swasta atau organisasi antarabangsa.
Dua program ijazah sarjana yang ditawarkan, iaitu Master Sains (MSc.) dan Doktor Falsafah (Ph.D). Kedua-dua program memerlukan pelajar untuk mengemukakan tesis dan mengikuti kursus.
Bidang pengajian adalah:
1. Gerontologi Sosial
2. Gerontologi Perubatan
3. Geronteknologi
Selain daripada menyediakan kemudahan penyelidikan, MyAgeing juga menawarkan perkhidmatan dan kemudahan kepada sektor swasta dan industri yang dikoordinasikan dibawah laboratori seperti Gerontologi Sosial, Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi. Unit-unit ini juga menyediakan perkhidmatan perundingan professional.
Pusat Jagaan Harian Warga Emas MyAgeing TM (MyAgeingCares) diwujudkan sebagai alternatif untuk meringankan beban anak-anak atau penjaga kepada warga emas agar mereka boleh bekerja, berehat, dan memberi fokus kepada diri sendiri. MyAgeingCares memberi perkhidmatan jagaan profesional di dalam suasana yang selesa.
Kemaskini:: 19/07/2017 [mrizal]
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA