Event Title
PG- Research support @ MyAgeing : Methods of Qualitative Data Analysis
Date
18 Oct 2024 - 18 Oct 2024
Location
Training Room 1 & 2, MyAgeing®
Event Summary
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Ybhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Siswazah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM akan mengadakan PG- Research Support @ MyAgeing. Objektif PG- Research Support @ MyAgeing adalah memberi sokongan akademik kepada para pelajar siswazah MyAgeing® khususnya dan seluruh warga UPM amnya. Program ini memberi fokus kepada pengetahuan ilmu penyelidikan dan kemahiran metodologi penyelidikan.
2. Untuk makluman pihak Ybgh. Prof./Dr./Tuan/Puan, butiran PG- Research support @ MyAgeing : Methods of Qualitative Data Analysis adalah seperti berikut :
Penceramah : Dr. Nur Raihana Che Nawi, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
Tarikh : 18 Oktober 2024
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Latihan 1 & 2, MyAgeing®
Link Pendaftaran :
https://docs.google.com/forms/d/1b6WRGlx1gpPAwtB5WKQ0hrBM8dMr0WWTcH_A5mQmJV0/edit?usp=forms_home&ths=true
Sebarang pertanyaan sila email kepada mardziatul@upm.edu.my atau hubungi 03-97692751 (Pn. Mardziatul Irqin).
Segala kerjasama daripada pihak Ybhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Updated:: 09/10/2024 [norhanika]