Perutusan Pengarah | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» MENGENAI KAMI » Perutusan Pengarah » Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana melawati laman web rasmi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™). Sukacita dimaklumkan kami adalah salah sebuah institut penyelidikan berstatus kebangsaan di negara ini yang menjalankan aktiviti penyelidikan dalam bidang penuaan.

Malaysia sedang mengalami peningkatan populasi golongan warga emas dengan begitu pantas sekali. Unjuran yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Malaysia akan menjadi ‘Negara Tua’ pada tahun 2035 bila mana populasi berumur 60 tahun dan ke atas melebihi 15% daripada jumlah keseluruhan populasi negara.  Peningkatan ini akan memberi kesan samada kepada diri, keluarga dan masyarakat. Sehubungan dengan ini, pelbagai usaha telah dan perlu dilakukan bagi menghadapi isu ini. Terutamanya berkaitan penuan ini agar kesejahteraan hidup warga emas di Malaysia akan dapat dicapai. Menyedari akan hakikat ini, maka Institut Gerontologi (IG) telah ditubuhkan pada 1 April 2002 dan telah dinaik taraf kepada institut kebangsaan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) pada 2015. Penubuhan Institut ini adalah sebagai satu entiti yang menjalankan penyelidikan berkaitan warga tua dan penuaan Malaysia melalui pendekatan multidisiplin dalam bidang gerontologi. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan akan dikongsikan bersama komuniti dan masyarakat melalui, penerbitan ilmiah, seminar, hebahan media massa. MyAgeingTM juga turut menjalinkan hubungan dan melebarkan jaringan bersama agensi-agensi kerajaan, swasta, NGO,dan lain-lain samaada dari peringkat kebangasan dan antarabangsa untuk mengukuhkan dan memantapkan peranan institut dalam bidang penuaan.

MyAgeing™ menawarkan program pascasiswazah dalam tiga bidang secara penyelidikan iaitu Gerontologi Sosial, Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi. Unit Ekperimentasi Warga Emas (ACE) kami merancang dan menawarkan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan sesi pembelajaran berterusan di kalangan warga emas. Selain dari itu, Kompleks Bersepadu MyAgeing™ menyediakan pelbagai kemudahan dalam menggalakkan penuaan aktif dan produktif.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke MyAgeing™ untuk melihat sendiri dan mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang kemudahan dan kepakaran yang kami tawarkan supaya MyAgeing™ akan menjadi pilihan anda.

Akhir kata, saya berharap dengan segala informasi dan maklumat yang dipaparkan di dalam laman web ini akan mendatangkan faedah dan memberi input juga berperanan sebagai sumber rujukan yang berguna kepada semua pihak.                                                                                             

Sekian terima kasih.

BERILMU, BERBAKTI

Yang benar,

Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim

Pengarah MyAgeingTM 2024-2027

 

 

Kemaskini:: 21/03/2024 [n_asyikin]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXESMAY~