COVID-19: Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Dikesan | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» ARTIKEL » COVID-19: Kluster rumah penjagaan warga emas dikesan

COVID-19: Kluster rumah penjagaan warga emas dikesan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan satu kluster baharu dikenal pasti sebagai kluster rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor yang sudah menjangkiti tiga individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kes dikenal pasti pada 17 Mei lalu hasil saringan pusat penjagaan warga emas.

Sehingga kini, katanya, seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni rumah berkenaan sudah disaring dan semua kakitangan serta 24 penghuninya mendapat keputusan negatif.

"Setelah hampir sebulan, kes ketiga didapati positif COVID-19 daripada saringan dalam kalangan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan kini dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun lalu," katanya dalam sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Tarikh Input: 17/06/2020 | Kemaskini: 17/06/2020 | izwanmz

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdTAP~