ASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan/Bangsa : Semua Bangsa
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua Agama
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain
a. Kakitangan Tetap MyAgeingTM
b. Kakitangan Kontrak MyAgeingTM
c. Penyelidik Bersekutu MyAgeingTM
d. Penyelidik Bersekutu (Interim) MyAgeingTM
B. Ahli Bersekutu
i. Ahli Jawatankuasa Tertinggi U3A
ii. Pelajar siswazah semasa di bawah program MyAgeingTM
iii. Pekerja Kontraktor Pembersihan MyAgeingTM
C. Ahli Kehormat
Bekas-bekas Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeingTM)
D. Ahli Seumur Hidup
Ahli seumur hidup adalah ahli yang diterima permohonannya olehh Jawatankuasa untuk menjadi ahli seumur hidup, dan membayar RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) yuran keahlian ahli seumur
3/12
hidup.
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Updated:: 05/09/2024 [lizamdnor]

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA