SERDANG, 25 Okt - Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah terlibat dalam pameran bersempena Persidangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang telah diadakan pada 25-26 Oktober 2023 di Fakulti Kejuteraan, UPM.
Program ini diadakan bagi memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang sains dan teknologi, kejuruteraan serta matematik agar mereka memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang ini ketika di tingkatan empat dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi.
Semasa pameran ini berlangsung, staf laboratori telah menunjukkan demonstrasi penggunaan MBT Link- sistem pemantauan kesihatan interaktif. Sistem ini digunakan untuk memantau data pesakit yang terdiri daripada bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung, suhu dan berat badan serta lain-lain maklumat yang disambungkan melalui aplikasi di telefon pintar. Selain itu, staf juga menunjukkan demostrasi peralatan FIBOD Smart Balance Board yang digunakan untuk mengakses risiko jatuh, kecederaan buku lalu dan menguji keseimbangan badan melalui permainan interaktif.
Diharapkan program ini dapat membuka mata pelajar tentang bagaimana teknologi sangat membantu dalam memudahkan urusan harian termasuklah dalam pemantauan tahap kesihatan kita.
Laporan disediakan oleh:
![]() |
Siti Aisyah Nor Akahbar |
Date of Input: 31/10/2023 | Updated: 31/10/2023 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA