Serdang, 15 Mac-Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (My Ageing

) telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak sebagai jalinan kerjasama erat dua hala di antara dua organisasi ke arah penyelidikan, pengembangan, pengkomersilan dan inovasi (RDCI) berkaitan penuaan dan warga emas .
Turut hadir, Menteri KPWK, Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri KPWK, Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam dan Pengarah My Ageing

, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad.
MyAgeing

sebelum itu pernah menjalinkan usahasama dengan KPWKM terutama dalam aspek penuaan penduduk seperti penyelidikan, penggubalan dasar, perancangan program dan input kepakaran.
Kerjasama itu adalah sejajar Pelan Strategik UPM 2021-2025 untuk mewujudkan Hab Penyelidikan Dan Inovasi Yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari serta Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
Date of Input: 19/03/2022 |
Updated: 19/03/2022 | lizamdnor
MEDIA SHARING