MyAgeingâ„¢ Terima Kunjungan Prof. Dr. Chia Kee Seng Dari University National Of Singapore | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » MyAgeingâ„¢ terima kunjungan Prof. Dr. Chia Kee Seng dari University National of Singapore

MyAgeingâ„¢ terima kunjungan Prof. Dr. Chia Kee Seng dari University National of Singapore

SERDANG, 19 September - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kehadiran kunjungan oleh Prof. Dr. Chia Kee Seng dari University National of Singapore. Beliau merupakan pensyarah pelawat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau akan berada di UPM bermula dari 15-25 September 2023 yang mana ia merupakan sebahagian daripada kerjasama MoU sedia ada antara UPM-NUS dalam bidang penyelidikan berkaitan bidang Kesihatan Awam. Kunjungan beliau ke MyAgeing™ ini turut diiringi oleh pensyarah dan staf dari fakulti berkenaan.  Tujuan kunjungan ini adalah untuk memberikan informasi kepada beliau tentang aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh MyAgeing™ sebagai institut penyelidikan berkaitan warga emas dan penuaan di Malaysia. Kunjungan ini dimulai dengan taklimat dan perbincangan bersama ahli pengurusan MyAgeing™  sebelum diakhiri dengan melawat kompleks MyAgeing™ dan melihat sendiri kemudahan serta fasiliti yang disediakan di sini.

  

    

  

 

Laporan disediakan oleh:

Mohd Rizal Hussain
Pegawai Penyelidik Kanan
Tel: +603 - 9769 2737
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: mrizal@upm.edu.my

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCUAw~