Perjumpaan Bersama UPM Dan Pengarah FamilyMart Malaysia Buka Peluang Keusahawanan. | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Perjumpaan bersama UPM dan Pengarah FamilyMart Malaysia buka peluang keusahawanan.

Perjumpaan bersama UPM dan Pengarah FamilyMart Malaysia buka peluang keusahawanan.

SERDANG, 28 Julai- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), dengan sokongan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dan Fakulti Sains Teknologi Makanan (FMTM), Universiti Putra Malaysia telah mengatur satu perjumpaan bersama Pengarah FamilyMart Malaysia, Datuk Noor Azman Nordin untuk melihat peluang UPM dan FamilyMart dapat berkerjasama.

Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Ling King Hwa. Turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny, Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan, Fakulti Sains Teknologi Makanan (FSTM), Prof. Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin, Pengarah Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) serta ahli pengurusan dan penyelidik MyAgeing ™. Pengarah FamilyMart Malaysia, Datuk Noor Azman Nordin dan ahli mesyuarat turut dibawa melawat kemudahan yang terdapat di MyAgeing™.

Sehubungan itu, bagi mendukung matlamat kelima (5) melalui Pelan Strategik UPM 2021-2025 iaitu kemampanan kewangan, MyAgeing™ mengambil inisiatif bagi mempromosikan penggunaan kemudahan di makmal penyediaan makanan dan kafetaria yang merangkumi aspek penyelidikan, industri dan komuniti menerusi peluang aktiviti pemerkasaan penggunaan peralatan oleh komuniti dan industri, serta meningkatkan penjanaan pendapatan dalam penawaran pakej program dan modul konsep keusahawanan.

Sementara itu FamilyMart kini telah mempunyai kedai francais di beberapa buah negara iaitu Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, Taiwan, China dan Vietnam. Pada November 2016, FamilyMart telah membuka kedai pertamanya di Malaysia bertempat di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

FamilyMart Malaysia dimiliki oleh Maxincome Resources Sdn Bhd yang merupakan salah satu anak syarikat kepada QL Resources Bhd. Mereka mempunyai perjanjian 20 tahun dengan FamilyMart Co Ltd. Semua perkhidmatan makanan FamilyMart Malaysia dan pilihan sedia untuk dimakan dibuat dengan bahan-bahan halal sahaja. Sehingga kini FamilyMart telah merancang untuk membuka lebih 300 kedai di seluruh negara.

Date of Input: 29/07/2023 | Updated: 29/07/2023 | lizamdnor

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCTAQ~