Pertukaran MoU Antara UPM Dan Pertubuhan Warga Sejahtera Di Usia Emas Putrajaya (PAWE Putrajaya) | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing™)
» NEWS » Pertukaran MoU antara UPM dan Pertubuhan Warga Sejahtera di Usia Emas Putrajaya (PAWE Putrajaya)

Pertukaran MoU antara UPM dan Pertubuhan Warga Sejahtera di Usia Emas Putrajaya (PAWE Putrajaya)

SERDANG, 7 April 2021 – Sesi Pertukaran MoU antara UPM dan Pertubuhan Warga Sejahtera di Usia Emas Putrajaya (PAWE Putrajaya) telah diadakan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), UPM. Antara objektif MoU ini ialah berkaitan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk kesihatan, penuaan aktif dan produktif. Selain itu, kerjasama kedua-dua pihak ini akan dijalankan melalui latihan dan pembelajaran, pengetahuan dan pengalaman melalui perkongsian.

Dalam sesi perbincangan tersebut, salah satu agenda yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan Kursus ‘Home Gardening Series’. Kursus ini dijangka akan dijalankan pada bulan Jun 2021 dan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan yang melibatkan seramai 100 orang peserta PAWE.

Bagi tempoh lima (5) tahun MoU ini, antara cadangan aktiviti/program kerjasama yang akan dijalankan ialah pelaksanaan penyelidikan berkaitan pertanian bandar melalui permohonan geran KTGS, pelaksanaan program pembangunan pertanian bandar yang terdiri daripada Kursus ‘Home Gardening Series’ serta lain-lain aktiviti kerjasama dalam bidang penyelidikan dan perkongsian ilmu penuaan dan pertanian.

Diharapkan dengan adanya MoU ini menjadi satu titik permulaan bagi kedua-dua pihak untuk menjalinkan kerjasama bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Date of Input: 17/05/2021 | Updated: 17/05/2021 | ainulmardiyyah

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeing™)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W1UJXRAc:17:24