Seremban, 15 Mac – Teratak Pak Ngah Atan Telah Diwakafkan Oleh Bekas Pensyarah UPM Iaitu Puan Hajah Hasnah Udin Kepada Universiti Putra Malaysia Pada Bulan Mac 2018. | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Seremban, 15 Mac – Teratak Pak Ngah Atan telah diwakafkan oleh bekas Pensyarah UPM iaitu Puan Hajah Hasnah Udin kepada Universiti Putra Malaysia pada bulan Mac 2018.

Seremban, 15 Mac – Teratak Pak Ngah Atan telah diwakafkan oleh bekas Pensyarah UPM iaitu Puan Hajah Hasnah Udin kepada Universiti Putra Malaysia pada bulan Mac 2018.

Seremban, 15 Mac – Teratak Pak Ngah Atan telah diwakafkan oleh bekas Pensyarah UPM iaitu Puan Hajah Hasnah Udin kepada Universiti Putra Malaysia pada bulan Mac 2018. Dengan pewakafan itu telah secara rasminya menjadikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai pemilik tunggal manakala Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah diamanahkan untuk menjalankan aktiviti warga emas kepada penduduk setempat.

Sehubungan dengan itu Tn. Hj Norazman bin Amat selaku Pengarah Wakaf, MAINS yang baru telah menjemput MyAgeing™ untuk membincangkan berkenaan Wakaf Pak Ngah Atan bertempat di aras 16, Bilik Mesyuarat 2 Menara MAINS. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh tujuh orang yang terdiri daripada wakil MAINS, MyAgeing™ dan PAWE@MyAgeing™. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan perancangan pengurusan baru MyAgeing™ dalam memastikan kelestarian aktiviti warga emas di Wakaf Pak Ngah Atan serta perasmian Wakaf Pak Ngah Atan.

Pihak MAINS juga telah menyampaikan cenderahati kepada wakil MyAgeing™ dan PAWE@MyAgeing™. Semoga kerjasama yang terjalin di antara MAINS, MyAgeing™ dan PAWE@MyAgeing™ akan dapat memastikan hasrat pewakaf dilaksanakan dan dimanfaatkan sepenuhnya seterusnya dapat meningkatkan kesejahteraan warga emas setempat.

Date of Input: 18/03/2024 | Updated: 18/03/2024 | n_asyikin

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEbNAy~