Sesi Perkongsian Pengalaman Dan Maklumat Penjagaan Warga Emas Dimensia | MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
» NEWS » Sesi Perkongsian Pengalaman dan Maklumat Penjagaan Warga Emas Dimensia

Sesi Perkongsian Pengalaman dan Maklumat Penjagaan Warga Emas Dimensia

 

23 September 2023- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menjalankan program bersama di Johor Bahru Alzheimer's Disease Support Association (JOBADA) bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Program ini diadakan di bawah projek penyelidikan LRGS (Long Term Research Grant) bertajuk ‘Beban Psikososial dan Masyarakat Ke Atas Keuzuran Kognitif Dalam Kalangan Warga Emas Komuniti’ di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Program ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan JOBADA dan penjaga warga emas Dimensia dengan keseluruhan peserta seramai 30 orang. Terdapat perkongsian pengalaman dan kemahiran pengurusan warga emas dimensia bagi membantu penjagaan harian warga emas. Selain itu, senaman menggunakan Thera Band telah diadakan bagi membantu penjaga mengamalkan gaya hidup sihat. Pemeriksaan kesihatan juga diadakan seperti tekanan darah, gula dalam darah, BMI. Perkongsian yang diadakan ini diharapkan dapat membantu peserta yang hadir bagi menambahbaik kesihatan fizikal, mental, sosial dan ekonomi penjaga warga emas demensia serta impaknya ke atas penjaga tersebut.

  

 

Laporan disediakan oleh:

Siti Azimah Abdullah
Penolong Pegawai Penyelidik
Tel: +603 - 9769 2736
Faks: +603 - 9769 2744
E-mel: sitiazimah@upm.edu.my

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | norhanika

MEDIA SHARING

MALAYSIAN RESEARCH INSTITUTE ON AGEING (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXFCHAv~