YAWAS dan MyAgeing™ Bincang Kerjasama Ke Arah Memperkasakan Warga Emas di Selangor
SERDANG, 29 Ogos - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) telah menerima kunjungan seramai 6 orang dari pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI). Lawatan ini telah disambut oleh barisan ahli pengurusan dan pegawai MyAgeing™. YAWAS telah ditubuhkan pada 2009 dan merupakan badan yang memfokuskan kepada program kesejahteraan keluarga di Selangor seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (ASUH PINTAR), Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS), Skim Mesra Warga Emas (SMUE), Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) dan Iltizam Anak Selangor.
Kunjungan YAWAS ke MyAgeing™ adalah untuk berkongsi mengenai program-program di bawah kendaliannya terutamanya Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) serta berkongsi pandangan dalam usaha memahami tentang dasar dan inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam membantu menyantuni warga emas di negeri Selangor. Selain itu juga, perbincangan lanjut antara pihak YAWAS dan MyAgeing™ turut diadakan bagi melihat bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti dan program berkaitan warga emas pada masa akan datang. Di akhir kunjungan, pihak YAWAS telah dibawa untuk melawat sekitar kompleks MyAgeing™ bagi melihat kemudahan dan fasiliti yang ada di sini.
Laporan disediakan oleh:
Mohd Rizal Hussain Pegawai Penyelidik Kanan Tel: +603 - 9769 2737 Faks: +603 - 9769 2744 E-mel: mrizal@upm.edu.my |
Date of Input: 05/09/2023 | Updated: 05/09/2023 | norhanika
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA