Event Title
Hari Pengumpulan Bahan Kitar Semula MyAgeing®
Date
15 Jun 2026 - 15 Jun 2026
Event Summary
YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa Hari Pengumpulan Bahan Kitar Semula MyAgeing® akan diadakan seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 15 Jun 2026 (Isnin)
📍 Tempat Pengumpulan: Foyer MyAgeing®
🕘 Masa Pengumpulan: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
🕑 Sesi Penjualan: 2.00 petang – 4.00 petang
Sehubungan itu, semua warga MyAgeing® adalah dialu-alukan untuk membawa dan mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti:
♻️ Botol plastik
♻️ Kertas dan kotak
♻️ Aluminium / tin minuman
♻️ E-waste (peralatan elektrik dan elektronik kecil)
Untuk makluman, program ini juga merupakan sebahagian daripada penyertaan MyAgeing® dalan pertandingan Race to Recycle @PTJ sempena Bulan Sinergi Putra 2026. Jumlah dan berat bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan direkodkan sebagai markah penyertaan PTJ.
Justeru, marilah kita bersama-sama menyokong usaha kelestarian ini dengan membawa bahan kitar semula dari pejabat atau rumah bagi membantu meningkatkan pencapaian MyAgeing® dalam pertandingan tersebut.
"Sedikit Sumbangan Anda, Besar Impaknya kepada Bumi Kita." 🌏♻️
Kerjasama dan sokongan daripada semua warga MyAgeing® amatlah dihargai.
Terima kasih.

Updated:: 13/06/2026 [ainulmardiyyah]
MEDIA SHARING